Friday 30 November 2012

Keunggulan Abadi

Assalamualaikum dan salam korperat semua.. Salam korperat? Hah! Jangan la cuak sangat, korang masih lagi berada dalam blog Dark Side Of Mine.. Cumanya, dalam entry kali ini, aku nak cerita pengalaman aku join Program Usahawan Muda (PUM).. Okay, PUM ni merupakan satu program yang mengajar dan mendedahkan pelajar-pelajar sekolah mengenai dunia korperat atau lebih mudah, dunia perniagaan.. Jangan main-main! Kami diajar bagaimana cara menguruskan syarikat sama seperti menguruskan syarikat konglomerat.. Bezanya kami diperingkat sekolahlah.. So, seramai 25 orang students akan dipilih dalam setiap sekolah and aku adalah salah seorang daripadanya.. Dan yang paling syoknya tu aku dilantik menjadi Pengarah Kewangan.. Oh ye, lupa pula nak kenalkan nama syarikat kami.. Nama syarikat kami 
"Gantang Emas Sdn Bhd"
Moto syarikat kami pula 
"Keunggulan Abadi"
Well, gah bukan nama syarikat kami? Okay.. nak start dari mana ye? Macam ni lah, apa kata korang tengok dulu gambar-gambar Syarikat Gantang Emas Sdn Bhd..


KLIK VIDEO DIBAWAH..






Peneraju Gantang Emas Sdn Bhd

Logo Syarikat GESB.
Naib Johan Anugerah Syarikat Terbaik.
Konvensyen PUM 2011 (SACC)




Ahli Lembaga Pengarah GESB.

Konvensyen PUM 2011 (SACC)
dari kiri : Izzatul Azwa (P.Pentadbiran), Fatin Najiha (P.Pengeluaran), Nur Wahidah (P.Urusan),  
Me (P.Kewangan),
Badrul Ridhwan (Eksekutif Teknologi Maklumat), Hazim Amir (P.Pemasaran)



Ahli Lembaga Pengarah GESB..
Selepas membuat persembahan dihadapan 1500 orang pelajar di SACC.
Keempat Anugerah Persembahan Terbaik
Konvensyen PUM 2011 (SACC)



Beberapa orang Ahli Pemegang Saham Syarikat GESB yang berkaliber dan berdedikasi..



25 orang Ahli Pemegang Saham GESB.


Johan Anugerah Perkhidmatan Terbaik (Kad Emas)
Konvensyen PUM 2011 (SACC)



Ketiga Anugerah Produk Terbaik (Kotak Emas)

Konvensyen PUM 2011 (SACC)




Sijil Pendaftaran Syarikat GESB




Pendukung Utama GESB : SMK Jalan Kebun
Ketiga Anugerah Sekolah Terbaik
Konvensyen PUM 2011 (SACC)

                                                                           

Sebelum Pra-Konvensyen berlangsung



Barisan Ahli Lembaga Pengarah GESB,

Pekerja Terbaik GESB dan
Guru Penasihat GESB (Puan Zainah Ahmad Salleh)
Pra-Konvensyen 2011 (De Palma Hotel)


Rasanya sudah cukup gambaran yang aku bagi mengenai syarikat ini.. The moment yang paling best sekali ialah masa Puan Zainah (Madam Z) beri bunga ros kepada setiap ALP dan dia peluk setiap seorang (yang perempuan je la).. Masa tu, tak kami menangis kegembiraan kerana bukan sahaja dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Syarikat Terbaik, namun kami dapat merasai kasih sayang dan kejujuran yang Puan Zainah atau kami lebih mesra panggil Ummi.. Tapi! Aku masa turun pentas selepas dapat hadiah dah mengalir air mata.. Mana taknya, bukan mudah nak menang anugerah yang besar, tambahan pula peringkat negeri.. Banyak suka duka yang aku lalui.. Maaf, bukan aku je tapi kami lalui untuk mencapai kejayaan seiring dengan moto GESB.. Selama setahun kami menguruskan syarikat ini bersama, akhirnya membuahkan hasil yang baik jugak!. Bukan sahaja perlu membentangkan Laporan Syarikat dihadapan 1500 orang pelajar, malahan kami juga perlu menghantar buku laporan syarikat kepada PKNS.. Memang dah macam syarikat betul lah kan.. Bhagian yang paling susah ialah kewangan.. Well, kena sediakan Penyata Kewangan bagai.. Nak tahu berapa untung bersih GESB?
RM $$,$$$.$$
Maaf, itu adalah rahsia syarikat.. Saya tak boleh dedahkan..
Sekian..
 Salam Korperat!







Thursday 29 November 2012

My First Time..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 
Nama saya Mohamad Amirul Hatta B Md Mokhtar.. Just call me Amir.. Ini adalah entry saya yang pertama, so hope you guys fahamla.. Mungkin blog saya ni agak membosankan tapi saya akan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa.. Sudah pasti saya tak dapat nak menandingi blogger-blogger yang sememangnya terkenal.. Bagi saya, tujuan blog ini adalah untuk saya berkongsi sedikit kisah hidup saya kepada anda semua.. Bukan untuk mengejar populariti semata-mata.. Insya-Allah, saya yakin dan percaya, selagi saya jujur dan ikhlas dalam berkongsi cerita pasti anda akan selesa dan senang membaca entry-entry saya..  see you next time!
Assalamualaikum..