Monday 11 February 2013

Posto, Posto, Posto......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan blog aku yang dikasihi lagi disayangi. Tak lupa juga kepada para stalker setia blog aku yang tak seberapa ni.
 Mula la tu nak meraih simpati konon. Hurm. Poyo je lebih. Kali ni aku nak cerita pasal surat. Yup. Surat. Tak kisahlah surat apa sekali pun. Surat cinta, surat saman atau surat berhenti kerja. Tapi bagi aku yang paling teruk adalah surat buang kerja. Betul tak? 
Better jawab ye je. Tak perlu nak menidakkan dan menafikan bagai. So apa kaitannya surat-surat tersebut dalam kehidupan aku? 
Well, bukan Amirul lah kalau bercerita tanpa pengajaran yang tersurat dan tersirat. 
Amboi. Tak pasal-pasal korang kena cari isi tersurat dan tersirat. 
Sabar ye peminat dan penyokong aku yang setia. 

Okay. 
Aku dah biasa dah kalau setakat dapat surat dari Tuan Yang Di-Pertuan Agong. Bajet gila argh! Padahal baru dua kali je. Tapi surat tu bukannya menyatakan yang aku ni dapat gelaran Tan Sri atau Dato' ke. Tapi surat tawaran ke asrama. Satu masa Form 1 dan satu masa Form 4. Tapi, dua-dua tawaran tu aku tolak. Masa tu, Wahidah bengang je. Sebab dia yang beriya-iya nak. Tapi aku pulak yang dapat. Then bila dah dapat, sewenang-wenangnya aku tolak tawaran tu. Tak pe, aku ada sebab yang tersendiri. Dan seperti yang  'Dhia' selalu kata. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
Yup, pasti aku ada hikmah di perlakukan sebegini oleh si 'Dhia'. 
Cuma, belum rasa je hikmahnya. Atau mungkin hikmah tu dah berlaku, just aku je yang ta perasan. So to all readers, jangan pernah menyesal dengan sesuatu yang berlaku. Walaupun kadang-kala peristiwa itu membuatkan kita rasa sangat terseksa dan pedih. But, setiap dugaan yang kita lalui adalah dugaan yang mampu kita lalui. Allah S.W.T takkan menguji hambanya lebih dari kekuatan hamba itu.

Okay, back to story. Mengenai surat. Aku pernah dapat satu surat yang sangat istimewa. Surat yang amat bermakna. Surat yang menyedarkan aku akan kesalahan yang telah aku lakukan pada 'Dhia'. First, terkejut jugak bila dapat surat tu. Ingatkan dia tak akan bagi surat tu kat aku. Rupanya aku pun tak ketinggalan untuk dapat surat tu. Kad tu biasa je. Tak begitu cantik. Menggunakan kertas A4 berwarna sahaja. Menggunakan hand-writing. Tapi, surat tu amat bermakna dan membawa seribu pengertian yang mendalam kepada aku dan hubungan aku terhadap 'Dhia'
Pada awalnya, surat tu ditulis dengan ayat yang biasa sahaja. Sekadar bertanya khabar (walhal hari-hari jumpa)
But, once bila dia sebut pasal kisah lama. Aku dah mula rasa sesuatu. Aku yakin dan hati aku kuat mengatakan bahwa pasti ada sesuatau yang ingin 'Dhia' perkatakan mengenai kisah silam kami. Tapi aku malas nak menyoal sangat. Bagi aku itu adalah hak privacy 'Dhia'. Biar empunya badan menentukan untuk bercerita atau tidak. Dalam gambar tu diselitkan gambar aku dengan budak-budak kiosk, dan juga dengan 'Dhia'

Back page surat tu 'Dhia' tampal gambarnya bersama seorang lagi kawan baiknya. Kawan baik yang sentiasa menemani 'Dhia'. Dah namanya pun kawan baik. Bila baca berkali-kali surat tu, meleleh jugak la air mata aku ni. Tapi tak lah nak hempas handphone or sampai pening kepala. Sempat lagi! Aku tak sempat lagi nak ucapkan thanks sebab surat tu. So, aku nak ucapkan terima kasih pada 'Dhia' dan kawannya sebab beri surat yang amat bermakna tu. And sampai sekarang aku masih simpan surat tu. Walaupun kadang-kala tersakit hati aku melihat gambar 'Dhia' but, past is past! 
Namun dalam era moden ni, dah tak payah main surat-surat lagi. SMS je. Tak pun emel. Nak lagi upgrade, tulis je kat blog. Then update tweet 'Done update blog'. Bukan apa, just nak bagitahu bahawa dalam blog kita ada entry terbaru. Dan lagi satu. Dalam blog 'Dhia' ugak ada satu entry yang membuatkan aku tersentuh ialah 'Malam itu....'
Korang nak baca ke entry dia tu?
Tak perlu kot. Just cari je blog dia. Mesti ada. Hahahah..
Bye. See you again!




Gambar dalam entry 'Malam Itu...'

" Mungkin betul cakap dia , Jika Aku Jodoh Dia , Seribu Tangan Pun Takkan Dapat Menghalang .Dan Jika Dia Jodoh Aku , Pasti Akhirnya Aku akan Kembali Kepada Dia sebab... Dia Tulang Rusuk aku . "

(Antara petikan ayat yang bermakna dalam entry 'Malam Itu...')

Mood today : Kertas biasa akan jadi luar biasa apabila isi kandungan surat itu luar biasa dan penuh dengan makna. Tak begitu?

No comments:

Post a Comment