Friday 1 February 2013

Watak Baru 2012

Assalamualaikum dan selamat bahagia kepada semua pembaca setia blog aku yang penuh dengan sarang labah-labah ni. 
Maklumlah, dah lama aku tak 'service' blog aku ni. Lagi pula, aku tak memerlukan ruang yang terlalu  besar dalam blog aku untuk meluahkan apa yang aku rasa dan alami. Bagi aku, ada perkara yang boleh dicerita kepada umum, ada juga sesetengah perkara yang boleh dikongsi bersama rakan, sahabat, kawan dan umum. 
Tapi jangan lupa juga, masih ada perkara yang hanya memerlukan kita dan Yang Maha Esa saja ketahui. Well, bila bab perasaan cinta, benci, kasih, sayang, rindu, meluat dalam hati manusia semua tu adalah hak masing-masing untuk kita luahkan. Dan yang paling penting sekali. Bila kita tulis sesuatu elakkan untuk mengutuk orang.
 See, dah macam ustaz pulak aku ni. Nak berceramah bagai. Walhal, entry aku yang sebelum ni dah merapu, mengutuk dan menyindir orang lain. But, sometimes ianya perlu. Bukan untuk menjatuhkan aib, atau memalukan individu tersebut. 
Cukup sekadar untuk membuatkan individu tersebut sedar dan kembali ke alam nyata selepas melayari alam mimpi. 
Yup! Alam mimpi yang kadang-kala hanya kita sahaja yang memahami. Okay, aku dah mula menguap baca apa yang aku tulis. See, aku yang tulis pun menguap, ni kan lagi korang yang membaca entry ni kan? Mesti dah tertidur.
 Tapi kalau dah tisur macam mana korang boleh baca entry ni sampai habis erk? 
Haahhha. Dah sampai dah kegilaan aku ni.

Okay, buat kali ini aku tak nak cerita pasal si 'DHIA ZAFIRA'. Tapi aku nak perkenalkan sorang watak dalam kehidupan aku. Watak yang penting dan memainkan peranan semasa tahun terakhir aku di SMK Jalan Kebun. Tapi bukan nak cerita mengenai cikgu-cikgu kat situ. Aku nak cerita mengenai seorang student yang agak popular. 
Walaupun dia tidak mempunyai friendslist yang ramai di Facebook, walaupun dia tidak mempunyai account Twitter. 
Tapi dia dah cukup popular dengan sikap, perwatakkan dan keayuan yang dia miliki. Kali ni aku tak nak sebut nama dia. Bukan apa. Takut akan ada isu yang berbangkit. Lagi pun, aku tak nak lah menyakitkan hati dan mata mana-mana pihak termasuklah diri aku sendiri. Mana lah tahu lepas ni akan ada tweet yang berbaur patah hati. Cewwah! Ayat mamat ni asal pelik semacam je. 
Bunyi macam baru lepas kecewa bercinta je. Shhh! Secret of my life! Secret lah sangat! Padahal, kat Twitter dah berperang bagai. Mujur aku tak ada account Facebook. Kalau tidak. Mesti makin sakit hati aku dibuatnya. 
Dahla, tak nak cerita lagi pasal benda yang sedih-sedih ni. 
Life must go on even without her! 

Back to our main story. Chop-chop! Our? Okay, back to my main story. The reason why aku tulis entry ini ialah nak bercerita mengenai seseoarang gadis yang boleh dikatakan cantik dan ayu. Bukan lah terlalu cantik sampai terpotong jari kalau nampak dia. Tapi bagi aku, dia mempunyai keayuan dan keunikan yang tersendiri. Pada wal pertemuan kami, aku bertanggapan dia ni jenis yang sukar untuk didampingi dan sukar untuk mesra. Tapi, malangnya persepsi aku salah. 
Makin lama aku mengenali dia. Makin aku tertarik dengan perwatakkan dan personaliti dia. Baik, patuh pada perintah agama, kaya, merendah diri dan pendiam. Kalau sekali imbas memang la nampak pendiam. Tapi sebenarnya bila aku dah mula mengenali isi hati dia, aku mulai tahu bahawa dia bukan gadis yang pendiam. Cuma dia masih tercari-cari individu untuk beliau berkongsi cerita. Mujur, dia dikurniakan dengan dua orang rakan karib yang turut sama cantik. Kembar seiras.
 Sekali imbas memang tak dapat bezakan yang mana kakak dan yang mana adik. Kedua-duak rakan karib ni lah yang sentiasa menemani si gadis kemana sahaja. Sepanjang aku berkenalan dengan mereka, aku belum sempat mengucapkan terima kasih. 
Banyak slot kehidupan aku yang bertambah indah dengan kehadiran mereka bertiga. Banyak slot yang bermakna.
 Tapi mereka tak kan dapat menandingi sahabat aku ( Wahidah, Fatin dan Azwa). Cukuplah aku cerita sikit-sikit pasal mereka bertiga. 
Nanti koyak pula kain mereka jika dipuji lebih-lebih. BTW, aku masih ingat bila si gadis ayu tersebut pernah memberitahu aku bahawa " individu yang menjaga dan mengenali maruah diri, tak kan terpeerdaya dengan kata-kata pujian". Lebih kurang macam tu la. Just one thing I want to say. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Thanks for beeing a part of my life. 

Selain tiga dara pingitan ni. Aku ada seorang lagi kawan baru. Pun anak orang kaya. Seorang lelaki yang kacak dan perasan tough! Hahaha. Seronok berkawan dengan dia. Kalau korang nak tahu! Pada mulanya aku tak suka langsung tengok muka dia. Poyo! Tambah-tambah masa part main ping pong! Poyo habis seih! Memang erghhh! Entah macam mana. Kami boleh jadi kawan. Bila dah berkenalan, baru aku tahu, yang dia ni memang poyo. Tapi seronok kawan dengan dia. Yelah, sebab aku pun poyo sama macam dia. Hahhhaha. Memang ideal la kan! Kalau korang nak tahu. Nama dia Aiman Aliff. Hah! Nama dia boleh sebut. Tapi nama gadis-gadis tadi tak boleh. Nanti korang ngurat pulak! See! Teserlah kepoyoan aku. Sorry Puan Zainah. Bahasa Melayu saya agak teruk selepas sekian lama tak menulis karangan. Apa kaitannya? Memang tak ada langsung yang berkait pun. Nak dijadikan cerita, si Aiman Aliff ni pulak suka kat adik si gadis ayu tadi. So bila aku dan Aiman berjumpa je. Mesti ayat ni yang keluar "nanti kenduri jumpa kau, balik kampung jumpa kau, asyik-asyik jumpa kau". Poyokan? Aku dah cakap, yang kami berdua ni memang poyo. Mesti ada yang berkerut dahi. Tapi, tak perlu lah aku jelaskan. Bila ditelitikan dengan betul korang akan faham. Dan ayat si Aiman yang paling poyo adalah 'the world sexiest girl in the world, we presenting to you ................................................"
Yang part nama tu terpaksa sencor. Kang takut ada penyapu terbang! But, ni lah yang buat aku selesa berkawan dengan dia. Tapi kadang-kadang bengang la jugak dengan dia tu. Rasa cam nak tembak je! Malangnya aku tak ada pistol.
That's all for today! See you next time!

Mood today : Hargai hubungan persahabatan, biar putus tali tapi jangan putus persahabatan. Dan yang penting, jangan sesekali lupa untuk baling tepung bila menyambut ulang tahun kelahiran mereka! Jyeeaahh!

No comments:

Post a Comment