Wednesday 16 January 2013

Penipuan!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua para pembaca blog setia ku ini.. Wuahahaha.. 
Cuba teka berapa ekor labah-labah yang aku jumpa masa bukak blog ni.. Sempat depa beranak-pinak dalam ni.. Sempat la jugak dorang buat rumah banglo yang bertingkat-tingkat kat dalam blog aku ni.. Bukan tu  je, ada jugak la yang sedang bermandi-manda dalam swimming pool.. 
Pergh.. Memang "superpower" labah-labah tu.. 
Tapi aku tak kenal pasti la pulak labah-labah jenis apa.. Memandangkan aku pun cuma tahu satu jenis labah-labah je.. Hahaha.. Bagi yang tak faham tu, jangan buat muka pelik.. Jangan nak berkerut dahi bagai.. Tu hanya metafora semata-mata.. Segala watak dan perwatakkan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.. Dan jangan risau, aku memang tak mention mana-mana watak pun dalam blog aku ni.. Hahhha.. 
Okay, baiklah.. Hari ni aku ada banyak persoalan yang perlu korang rungkaikan.. Tak perlulah setiap soalan tu korang bagi jawapan yang panjang-panjang.. 
Cukup sekadar beberapa perenggan sahaja.. Tapi tolong ye, bagilah jawapan yang membantu.. Jangan pulak aku bagi soalan, korang balas dengan soalan.. Memang nak kena "pang" la kan.. Oppss.. Berani ke..? 
No, no.. Mohamad Amirul Hatta B Md Mokhtar takkan pukul seorang perempuan..
 Apa kaitannya?

Sebenarnya aku tak ada pun soalan yang nak ditanya..
 Sebab semua jawapan ada pada diri aku..
 Cuma aku je yang tak tahu nak highlight kan jawapan yang ada.. Siapalah yang akan bantu aku highlight kan jawapan aku tu.. Tapi aku tak perlu risau akan semua tu.. Sebab aku tahu, Yang Maha Esa sentiasa ada bersama aku dan manusia-manusia di bumi ini.. Tak perlu untuk aku hantar awan biru untuk sampaikan salam.. Tak perlu aku meminta blog untuk bertanya mengenai "basketball", "6 PACKS", dan "dah makan ke belum".. Tak perlu jugak aku tweet di twitter mengenai Mr E, Mr F, Mr H or mengenai "adik saudara aku".. Opsss.. Ada mana-mana pihak terasa ke? Kalau ada.. Sejuk-sejukkan lah badan tu.. 

Okay, tutup la ye pasal Mr, "6 PACKS" dan "basketball".. Bukannya ada kaitan pun dalam hidup aku.. Dan orang yang bercerita tu pun belum tentu anggap aku ni bererti dalam hidup dia.. Yelah.. Dia kan hot.. Mana nak ingat orang biasa macam aku ni.. 
Again! 
Nak tahu aku anggap dia macam mana.. Sama lah macam dia anggap aku.. Kalau dia anggap aku macam kumbang, aku akan anggap dia  macam ros.. Tapi kalau dia anggap aku macam sampah, aku anggap dia macam tong sampah la.. Baru adil.. Biar dua-dua rasa sakit hati, mata, hidung dan mulut.. Dia mesti ingat aku cakap pasal dia kan.. Padahal buakan pasal dia pun.. Macam yang aku cakap la.. Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun dah mati.. Atau pun yang masih hidup tapi hati, akal dan otak dah mati.. Sehingga tak boleh fikir perasaan orang lain.. Tapi aku rasa yang ni sama je macam dah mati.. 
Eh, apasal aku nak cerita pasal mati.? Mungkin cinta aku dah mati untuk dia.. Entah-entah cinta dia yang dah mati untuk aku.. Semenjak dia jumpa budak yang hot, pandai main basketball dan ada 6 packs tu.. Mr yang mana satu pun aku tak tahu.. Sebab banyak sangat Mr "Unknown" dalam hidup dia.. Hahahha.. Kenapa aku mention pasal ni lagi.. 
Maybe aku kot yang nak main basketball dan ada 6 Packs.. 
Bayangkan!

Oh yeah.. Sometimes, aku bukan malas nak mesej seseorang.. 
Aku rasa korang pun mesti pernah alami benda yang sama.. 
Yelah.. Bukan apa.. Bayangkanlah kalau pukul 12 malam aku nak mesej dia.. Aku pun fikir jugak.. Esokkan dia nak gi sekolah, nak bangun awal.. Lepastu dengan aktiviti dia kat sekolah lagi.. Homework lagi.. Tak nak la aku kacau dia.. 
Tapi.. Dia pulak salah faham.. Bila tak ada mesej je.. Nak hempas handphone bagai.. Tapi kalau dia nak hempas phone pun aku nak buat apa.. Suka hati dialah.. Bukan phone aku.. Yang penting phone aku sihat sejahtera aman dan damai.. Setakat ni phone aku tak pernah lah kena hempas kat mana-mana lantai dan dinding.. 
Cuma kadang-kala je phone aku ni nak try sesuatu yang baru.. Nak uji keberanian dia dengan membuat terjunan maut.. Tapi bukan bunuh diri lah..
 Okay Hatta.. 
Stop! Apa kau mengarut ni.. Maybe sebab awan biru tu tak sampai pada aku.. Yang sampai hanyalah awan mendung yang tinggal tunggu masa je untuk hujan.. Dan bila hujan.. Tibalah masa untuk aku menarik selimut dan memeluk bantal untuk melegakan mata aku yang sakit dan penat.. Penat sebab kerja.. Sakit sebab terbaca blog dan tweet yang "menarik" daripada dot, dot, dot.. 
Yang pasti nama dia bukan dot.. Hahahaha..

Hurm dah la kot.. Lagi pun aku bukannya ada masa sangat.. Nak pi latihan basketball.. Lepastu Gym untuk dapatkan bentuk badan yang ada 6 packs.. Nanti boleh dia tengok.. Yelah.. Dia kan nak tengok sangat 6 packs.. Chop-chop! Sape dia nak tengok badan aku.. Penting ke dia? Ingat ni tayangan perdana yang percuma apa! Hahahha.. Lepas gi Gym nak pergi kedai topup.. Nak topup nombor celcom.. Dah lama tak mesej crush aku tu.. Yang kacukan arab tu.. What? Ingat dia je yang boleh ada kacukan arab.. To Farah Izyan.. Selamat menjawab soalan SPM yang bakal berkunjung tiba dalam masa beberapa bulan dari sekarang! Tapi kenapa Farah Izyan je? Yang lain tak ambil SPM ke? Lepas topup, aku nak call adik saudara aku yang kat Johor tu.. Yang sweet giler tu.. Nasib baik aku tak giler.. Nasib baik masa papa dia datang aku tak berdebar-debar.. Tak seriau bagai.. Masa dia balik tu aku say bye kat dia.. Sebab aku tahu dia akan datang untuk jumpa aku lagi.. Tak perlu lah aku nak menangis-nangis bagai.. Adik saudara aku je pun.. Bukan awek aku.. Tapi mungkin bagi dia adik saudara dia tu sangat lah "special" sehingga kan dia nak  menangis, menggigil dan berdebar-debar.. Ingat ni rombongan meminang ke apa? Tapi kalau rombongan meminang pun tak apa.. Senang!
 Hahhaha.. See, direct je senang.. Tak payah nak Mr. bagai.. Memeningkan.. Konon tak nak kecewa lagi.. Konon tak nak percaya lelaki bagai.. Konon tak nak menangis lagi.. Tapi saudari sedar tak yang sebenarnya saudari sendiri yang membuatkan diri saudari terseksa lagi terseksa dan terus terseksa dengan penuh seksanya.. Berapa banyak punya terseksa la.. Yang pasti dua janji aku pada kau, aku dah tunaikan.. Janji kau? Sampai aku kahwin lagi pun belum tentu kau boleh tunaikan dengan perangai kau yang macam ni! Macam ni tu macam mana? Nak tahu tanya la orang yang ada perangai yang aku cakap tu.. 

Then lepas kau baca dan stalk blog aku ni kau nak wat pe? Nak hentak kepala kat dinding? Nak hempas handphone? Nak campak laptop? Buatlah apa yang kau nak buat.. Kalau kau nak menangis air ata darah sekali pun aku tak kisah.. Asalkan kau bahagia bersama Mr.. Mr mana? Tu korang tanya la dia sendiri.. Dia terlalu banyak Mr dalam hidup dia.. Sampai dia terkeliru nak pilih yang mana.. Sampai dia terlupa yang dia dah berpunya bila bercerita kat blog.. Dia kan hanya nak gambarkan perasaan yang sangat happy bila jumpa adik saudara dia tu.. Adik saudara.. Memang adik saudara dia tu special.. Chop-chop.. Adik saudara ke? Tak kisah la apa pangkat kau dengan jantan tu.. Yang penting tak ada kaitan dalam hidup aku.. Tapi bukan ke leboh mudah kalau kau inta aku lepas kan kau.. Tak perlu lah nak berlakon bagai.. Mr tu Mr ni.. Penat! Aku tahu la kau pelakon terbaik tapi tak payah la nak tunjuk bakat kau kat depan aku.. Dah meluat! Meluat!



No comments:

Post a Comment