Friday 21 December 2012

Legenda Gunung Ledang : Puteri Gunung Ledang



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog aku ni. 
Ada ke yang setia? 
Mesti ramai yang tertanya-tanya gaknya kemana aku menghilang.. 
Rasa-rasanya kemana? Ke Pluto? Marikh? Atau Musytari? Tak-tak.. Aku masih lagi di Bumi, di Malaysia..
 Cumanya aku tak update blog ni sebab aku nak cari maklumat mengenai sejarah Negeri Johor.. 
Yelah, aku pun asal dari Johor kan.. 
Tapi tak nak lah cerita mengenai kesultanan masa zaman dulu.. Pening siot kalau baca mengenai sejarah kesultanan Johor.. 
Tapi kali ni aku nak cerita mengenai misteri yang terdapat di Gunung Ledang 
Siapa yang tak tahu mengenai mitos atau lagenda mengenai Gunung Ledang? Mesti ramai yang tahu punya.. Kalau ada yang tak tahu..
 Okay, aku beritahu ye.. Gunung Ledang ni dikaitkan dengan misteri Puteri Gunung Ledang.. Nampak gayanya perihal yang aku ingin kongsi ni agak berat.. Dan aku pula kena berhati-hati.. 
Takut tersalah fakta.. Nanti ada yang salah faham pula.. 
BTW, sebelum aku bercerita mengenai Puteri Gunung Ledang ni.. Apa kata, aku kongsi sikit kedudukan geografi Gunung Ledang.. 


Gunung Ledang ini terletak dalam daerah Tangkak, Johor.. Kawasan ini berhampiran dengan sempadan daerah Jasin, Melaka.. Mempunyai ketinggian 4,187 km dari aras laut menjanjikan satu ekspidisi yang sangat mencabar dan menarik bagi penggemar sukan daki gunung.. Mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna menambahkan lagi tarikan yang sedia ada melainkan sejarah mistik yang berlaku di gunung tersebut.. Gunung Ledang juga dikenali sebagai Ophir Mountain oleh masyarakat Portugis.. Berdasarkan peta lama Portugis.. Tedapat satu kawasan lombong emas yang dikenali sebagai Gemih @ Gummay yang bermaksud perusahaan emas.. 
Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa  terdapat satu gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya iaitu lembu emas
Selain itu, terdapat 7 puncak rendah yang mengelilingi puncak Gunung Ledang dan dikatakan setiap puncak recdah itu mempunyai kisah yang tersendiri.. Terdapat 3 puncak di Gunung Ledang ini, salah satunya ialah Puncak Mahligai.. Menurut orang tua-tua, Puncak Mahligai merupakan tempat Puteri Gunung Ledang bersemayam dan bermain-main bersama dayang-dayangnya.. 
Okay.. Cukuplah aku cerita mengenai kedudukan geografi gunung yang penuh dengan kisah lagenda ini.. Korang tengok la dulu kat gambar-gambar Gunung Ledang..









Okay.. Sekarang kembali semula pada tujuan asal aku menulis entry ini.. Mesti ramai yang tahu mengenai keinginan seorang sultan yang berasal dari Kesultanan Melaka yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang..
 Sebelum tu.. Puteri Gunung Ledang juga dikenali sebagai Gusti Putri 
Sultan yang ingin mengahwini Gusti Putri ini ialah Sultan Mahmud.. Maka diarahkan oleh baginda pendekar yang hebat, Hang Tuah, Tun Mamat beserta rombongan untuk menyampaikan hajat baginda.. 
Namun, Hang Tuah menarik diri kerana umur yang sudah tua.. 
Walau pun begitu.. Terdapat beberapa percanggahan ideologi dalam bahagian ini.. 
Ada sesetengah yang mengatakan Hang Tuah juga turut menyertai rombongan meminang.. 
Berdasarkan Wikipedia, hanya Tun Mamat sahaja yang ke puncak Gunung Ledang untuk menyempurnakan hajat sultan Melaka ketika itu..


Walaubagimanapun, dikatakan Tun Mamat telah terjumpa seorang nenek tua @ nenek kebayan yang merupakan samaran kepada Puteri Gunung Ledang.. 
Puteri Gunung Ledang pada waktu itu telah menolak pinangan tersebut.. 
Namun, puteri telah meletakkan 7 syarat atau pun permintaan yang perlu ditunaikan oleh Sultan Mahmud sebelum menerima pinangan tersebut..
 Antara permintaan Puteri Gunung Ledang ialah..
  • darah merah rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke takhta
  • darah putih rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke takhta
  • terbang bebas diudara, darah juga kehendaknya, sifatnya 7 dulang banyaknya
  • merangkak bebas didaratan, darah juga kehendaknya, sifatnya 7 dulang banyaknya
  • air mata dara tidak berdarah, 7 tempayan banyaknya
  • pinang bukan kahwin, tidak tua merah darahnya,7 tempayan banyaknya
  • darah seguntang tetap mengalir, tubuh bersilih menanti, sebatil
Sedutan filem Puteri Gunung Ledang (Permintaan PGL)
KLIK VIDEO DIBAWAH




Dalam erti kata mudah 7 permintaan Puteri Gunung Ledang ialah..
  • jambatan emas dari puncak gunung ke istana raja
  • jambatan perak dari puncak gunung ke istana raja
  • 7 dulang hati nyamuk
  • 7 dulang hati hama
  • 7 temapayan air pinang
  • 7 tempayan air mata anak dara yang suci
  • semangkuk darah anakanda Sultan Mahmud iaitu Sultan Mahmud Shah

Secara logiknya.. Ketujuh-tujuh permintaan ini sangat sukar untuk di tunaikan.. 
Seolah-olah sudah pasti Sultan Mahmud tidak dapat meminang Puteri Gunung Ledang.. Namun, berdasarkan Hikayat Hang Tuah.. Semua permintaan puteri dapat di tunaikan kecuali permintaan yang terakhir iaitu semangkuk darah Sultan Mahmud Shah.. 
Namun jika difikirkan semula.. Setiap satu permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud seolah-olah mempunyai maksud tersirat.. 
Namun, rahsia disebalik permintaan ini masih belum di jelaskan dengan sepenuhnya..

Disebalik kisah ini, terdapat beberapa ideologi yang dikemukakan.. 
Antaranya..
  • Ketujuh-tujuh permintaan tersebut hanyalah rekaan oleh Tun Mamat Mengapa? Ialah, pada zaman dahulukan rakyat begitu taat setia kepada sultan.. Tun Mamat takut jika dia diancam bunuh oleh Sultan Mahmud kerana gagal meminang Puteri Gunung Ledang.. Lantas, atas kebijaksanaannya, dicipta 7 permintaan..
  • Rahsia disebalik permintaan 7 tempayan air mata anak dara yang suci yang dapat aku simpulkan ialah seperti yang kita ketahui.. Adat orang Melayu amat mementingkan maruah dan kehormatan diri.. Maka nasihat disebalik permintaan ini ialah supaya anak dara di Melaka (pada waktu itu) menjaga kehormatan diri masing-masing..
  • Rahsia disebalik permintaan semangkuk darah anakanda Sultan Mahmud pula ialah seolah-olah Puteri Gunung Ledang memberi peringatan kepada Sultan Mahmud akan tanggungjawabnya kepada anakandanya yang masih kecil serta negeri Melaka yang pada waktu itu berada pada zaman kegemilangan..

Namun kisah sejarah Melayu ini telah di filemkan dan dipentaskan di teater.. Hasilnya, mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.. Sebenarnya.. Pada pendapat akulah.. Kisah-kisah seperti ini lah yang wajar di tayangkan di pawagam.. Disamping berhibur.. Anak-anak muda kini dapat mengenali dan memahami kisah sejarah di Malaysia.. Tak begitu.. Kita sepatutnya menampilkan identiti bangsa kita sendiri.. Bukannya cerita-cerita yang berunsurkan pergaduhan, lumba haram dan sebagainya.. Bukankah kita sendiri yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia mempunyai sikap yang lemah-lembut dan bersopan-santun.. Namun, mengapa filem yang dihasilkan perlu ada unsur keganasan.. Tetapi, terpulanglah kepada anda.. Bagi aku, aku lebih gemar menonton filem Melayu yang memaparkan identiti bangsa Melayu itu sendiri.. Selain dari filem Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa juga merupakan salah satu filem yang memaparkan sejarah, budaya dan identiti Melayu.. 


Fail:GustiPuteri.jpg
Puteri Gunung Ledang menghadap Sultan Mahmud
Watak Puteri Gunung Ledang dilakonkan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina


Watak Sultan Mahmud dilakonkan oleh Adlin Aman Ramli
Watak Hang Tuah pula dilakonkan oleh M. Nasir
Sedutan filem Puteri Gunung Ledang (Permintaan PGL)
KLIK VIDEO DIBAWAH

Ketika sumpahan tulah oleh Sultan Mahmud

Gusti Putri tiba di Melaka buat pertam kalinya

So, harap korang terhibur dengan entry terkini!

Mood today : Jangan biarkan identiti bangsa Melayu hilang.. 

1 comment:

  1. syarat pertama.
    orang merajuk hampir menangis

    kedua.
    orang marah hampir pecah , 7 dulang

    3.
    soleh dan warak tetapi marah jugak akhirnya sebab racun shiah

    4.
    walau bercerita satu dunia, tetap juga berdarah

    5.
    semua tanah milik Ali

    6.
    sultan melaka mesti tunjuk belang ke atas rakyat untuk menerangkan tanda tanda kekuasaan

    7.
    satu ujian kesabaran kebatilan dari puncak siguntang yang mendapat pahala yang tidak putus putus bagi orang yang sabar

    ReplyDelete