Friday 14 December 2012

Yang Biasa Menjadi Luar Biasa


Bermula dengan kisah yang biasa.. 
Bermula dengan kehidupan yang biasa.. 
Bermula dengan hari yang biasa.. 
Kehidupan sebagai orang biasa.. 
Namun, satu peristiwa telah mengubah perkara yang menjadi kebiasaan kepada suatu kisah yang luar biasa.. Mengubah suatu kehidupan menjadi luar biasa.. Mengubah perkara yang menjadi kebiasaan kepada luar dari kebiasaan.. (BTW, asal banyak sangat istilah biasa ni?) To my readers, hope korang jangan pening dengan istilah yang berbelit kat atas tu..
 Apa yang aku cuba sampaikan ialah.. As a human being, kita memang dilahirkan sebagai manusia biasa.. Manusia  yang memerlukan oksigen untuk bernafas.. Manusia biasa yang memerlukan air untuk mengekalkan tubuh badan daripada terhidrasi.. Persoalannya.. Bagaimana, manusia yang biasa ini menukarkan dirinya menjadi luar biasa..  (bukan macam Ultraman or Power Rangers tu dan bukan juga seperti Cicak-Man) 

Yup!
Sebenarnya, kita sendiri yang perlu  menzahirkan perkara yang luar biasa dalam diri kita.. 

Sebagai contoh.. Kita pernah digemparkan mengenai manusia yang mampu menarik lori menggunakan telinganya.. Bukan tu je.. 
Melambak lagi.. Taip je kat Google Search manusia luar biasa” For sure korang dapat baca banyak article dan kisah-kisah mengenai manusia luar biasa.. As a Muslim, bagi kami manusia yang mempunyai kehebatan luar biasa ialah Nabi Muhammad S.A.W.. Mengapa? 
Sebab baginda merupakan utusan terakhir dari Allah S.W.T.. 
Bukan begitu saudara dan saudari seagama dengan ku? (to Muslims better say yes!) 
Aku yakin, bahawa agama lain jugak pasti ada seorang tokoh yang menjadi rujukan.. 
But, kali ni aku bukan nak bercerita mengenai isu keagamaan.. Yelah, takut aku salah fakta, kang tak pasal-pasal ada yang kata aku ni buta agama.. 
But, tak kan ada seorang pun yang akan hulurkan tangan untuk bantu aku..
Well, biasalah tu.. Sikap manusia kan?

Hari ini, aku nak cerita or kongsi sikit pasal “How to be a super man” (bukan Superman yang pakai spender merah kat luar tu) Aku ada seorang guru yang aku kira sebagai “Super Man” Dia mengajar kat sekolah aku..
 Opss.. I mean SMK Jalan Kebun.. Memandangkan aku pun bekas student kat situ.. Ada seorang guru ni yang berfikiran luar biasa.. Mempunyai ketajaman minda yang luar biasa.. Guru yang aku maksudkan ialah Ustaz Sahrul Azmi B Sidek Sebabkan ni citer mengenai kebaikan.. So aku sebutlah nama dia.. Kalau yang tak berapa nak baik tu aku sencor kan lah.. (elak kena saman je) Dia ni memang awesome la.. Mana tak nya.. Bukan sekadar mempunyai kelayakkan untuk membenarkan beliau menjadi seorang guru..
Bahkan lebih dari itu.. 
Kalau korang nak tahu lah.. Sekarang ni dia sedang sambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memperoleh segulung ijazah yang bakal membawa seribu makna untuk beliau.. Sekarang ni dia sedang sambung PhD.. 
See.. Dalam beberapa tahun lagi..
Dia bakal bergelar Dr Sharul Azmi B Sidek Bidang apa tu aku tak tahu la.. Memandangkan dia pun mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kat SMK Jalan Kebun.. 
Maybe dia ambil kursus yang berkaitan.. Tu aku tak sempat tanya.. Bukan tak tanya.. Tapi, dia bg tahu.. Cuma aku je yang lupa.. Well.. Masa tu tak ambil port sangat..
(sorry ustaz! Maafkan saya)

Nak tahu.. Apa yang menyebabkan dia kelihatan awesome.. Kelihatan? Bukan sahaja luaran dia yang kelihatan hebat.. Bahkan, apabila dia berkata-kata.. 
Pasti ramai yang akan terdiam.. Tak perlu dia menjerit terpekik terlolong macam aci jual sayur kat pasar untuk meminta pelajar diam masa kat tapak perhimpunan.. Cukup sekadar beri salam dia bisa membuat ramai pelajar terdiam.. 
Actually, dia ada aura tersendiri.. 
Memang aku tabik springlah kat dia ni.. Mana taknya dalam ramai-ramai student dia, aku sorang je yang menitiskan air mata masa hari perpisahan..
 Aku dah anggap dia macam ayah aku dah.. Walaupun bila part sindiran dia tu membuatkan aku tersentap bagai pinang dicincang-cincang
Sakit woi! Makan dalam beb ayat dia.. 
But, itulah yang membuatkan aku makin nak mengenali dia.. 
Sebab dia tak pernah sekali pun marah pada student dia.. Bila dia tak puas hati je.. 
Mesti dia perli student tu.. Agaknya aku selalu buat dia marah.. That's why dia selalu perli aku.. Heeheh.. Bukan tu je, malahan aku rasa seronok dan selesa bila berborak dengan dia.. Yelah, walaupun aku ni bukanlah kaki borak sangat (padahal sebaliknya) 
Dia tu senang citer memang awesome lah.. 
Well.. Kalau dia tak awesome takkan lah dia boleh ambil PhD bukan? Mesti ramai yang nak tengok muka dia? 
Sorry guys, aku tak ada gambar dia.. 

Hish aku ni.. Dah pragraph kelima dah.. Tapi isi penting tak masuk lagi.. 
Okay.. Ini dia beberapa tips yang hebat untuk jadi insan yang hebat dan luar biasa.. Aku dapat isi-isi ni daripada penghayatan aku terhadap ustaz ni.. So, mungkin isi aku ni tak berapa nak kembang sangatlah.. Tapi perlu ke nak kembang-kembang bagai? Hahahah..
First of all!
 Hubungan dengan Tuhan 
Dalam konteks ini bagi umat Islam ialah bagaimana kita menjaga hubungan kita dengan pencipta sekalian alam.. Bagaimana kita menjaga solat.. Senang cerita.. Amar ma'ruf nahi mungkar.. 
Means, menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah keburukan.. Aku tak nak lah sentuh isu-isu sensetif.. Cukup sekadar kita muhasabah balik diri kita.. Tak perlu untuk kita luahkan kepada sesiapa.. 
Just me, myself and I.. 
So, aku dapati walaupun dia peroleh banyak kejayaan.. 
Dia tak pernah menyombong diri.. Dia sentiasa patuh perintah agama.. 
So, no wonder dia dapat perolehi semua kejayaan seperti yang dia perolehi sekarang.. Tweet, tweet.. 
Bagi penganut agama lain.. Berdasarkan kepercayaan agama masing-masinglah.. Tapi, walau bagaimana pun.. Aku percaya.. Setiap agama menyuruh ke arah kebaikan.. Tak begitu? 

Tips kedua.. 
Hubungan dengan ibu bapa
 Nak tahu bagaimana dengan manjaga hubungan dengan ibu bapa kita mampu membantu kita mencapai kejayaan? Senang je.. Cuba korang tanya individu-individu hebat.. Mesti mereka akan kata doa ibu bapa merekalah yang banyak membantu dan memberi kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan menjadi manusia luar biasa.. Samalah macam ustaz aku ni.. 
Dia sentiasa menjaga hubungan baik dia dengan ibu dan ayah dia.. 
Aku tak pernahlah pulak nak tanya bagaimana dia melayan ibu dan bapa dia.. 
But, kita sendiri boleh nilai dari segi perwatakkan seseorang..
 Memanglah betul "Don't judge a book by it's cover" tapi kita sendiri dapat rasakan bagaimana seseorang itu dengan ibu dan bapanya.. 
To my mum and my dad (Pn Zubaidah Bt Mohd Senan & En. Mokhtar B Saleh) Terima kasih kerana menjaga abang dengan baik.. Terima kasih kerana marah dan tegur abang.. Kerana kalau ayah dan mama tak marah takkan ada siapa lagi yang dapat betulkan kesilapan abang.. 
(Dah sampai dah part emosi dia)

Yang ketiga pula..
Hubungan dengan masyarakat..
Masyarakat tu termasuklah rakan-rakan, jiran tetangga dan orang ramai.. Sesiapa sahaja lah.. Mungkin bagi segelintir dari kita ianya sangat mudah.. As easy as ABC 
Tapi percayalah.. Tak semudah yang kita sangka..
 Sebab tu wujudnya pepatah Melayu, "kerana mulut badan binasa" dan "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa" 
Dan atas dasar itulah kita kena jaga satu-satunya mulut yang kita ada.. Dalam banyak-banyak anggota badan yang kita ada.. Dua anggota yang paling susah nak jaga.. 
Satu mata dan satu lagi mulut.. Setuju? 
So, apa usaha kita nak jaga kedua-dua anggota badan kita ni? 
Senang je jawapannya.. Berbalik semula kepada tips nombor 1 tadi.. 
Iaitu menjaga hubungan dengan Tuhan.. Tu je kunci untuk segala-galanya.. 
Bukan kunci pendua lagi.. Kunci utama.. Tak ada kunci ni.. 
Memang susahlah nak masuk.. Nak pecahkan? 
Pecahkan guna apa? (apa aku dah merepak ni)
Faham-faham je la ye semua.. Harap entry kali ni dapat memberi sedikit input untuk anda semua.. Renung-renungkan ye? 

Mood today : nobody's picture perfect.. 

No comments:

Post a Comment