Saturday 1 December 2012

Umpama Bayang-bayang, Itulah Sahabat

Seorang pelajar lelaki didapati bersalah kerana mengedar dadah dan dihantar ke sekolah juvana sebelum dikenakan hukuman selepas berusia 18 tahun.. Hasil siasatan pihak polis berjaya memberkas 4 lagi orang  pelajar yang merupakan kawan kepada suspek..
 Selepas siasatan penuh dijalankan, pihak polis mendapati mereka terlibat dalam gejala tidak bermaruah ini kerana pengaruh rakan sebaya.. Situasi diatas dah cukup memberitahu dan menjelaskan bahawa rakan sebaya banyak mempengaruhi kehidupan kita.. Tak kisahlah berapa pun usia kita, kawan tetap mempengaruhi.. Yelah, pepatah Arab pun dah menyatakan "kalau kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, pasti kita juga akan berbau wangi" (aku translate lah).. Jadinya, aku ni kan still remaja, berdarah muda la katakan.. Macam-macam yang nak dicuba (so far dapat kawal lah)..

Aku pun ada kawan baik.. Perempuan lagi tu.. Bukan sorang tapi 3 orang.. Kitaorang ni ibarat isi dan kuku (asal banyak sangat pepatah)..Kitaorang ni selalu bersama, waktu rehat ke, lepas habis kelas ke.. Memang bersama je la (kecuali ditandas).. Sampaikan ustaz kat sekolah kitaorang pun tak boleh nak cakap apa.. Dia hanya mampu tersengih bila melihat aku dan member-member especially kat kantin.. Lupa la pulak kan.. Korang mesti tertanya-tanya siapakah gadis-gadis yang bertuah itu (bertuah ke).. Ini dia gambar depa..



dari kiri : Fatin Najiha, Nur Wahidah, Izzatul Azwa dan Me..

(kalau korang baca entry sebelum ni mesti korang dah biasa dengan muka-muka ni)
(sedondonkan kami?)
                                                        


Fatin & Me

Hari Graduasi SMK Jalan Kebun ( Primier Hotel, Bukit Tinggi)


\
Azwa (perangai dia memang macam tu)


Cukuplah aku promote dorang dalam blog aku ni.. Hahhhaha.. Hubungan persahabatan antara aku dan Wahidah je dah sedekad.. Dengan Fatin 8 tahun manakala Azwa pula separuh dekad.. Mana tak rapatnya kalau dah jangka hayat persahabatan kami ni lama.. Banyaklah aktiviti yang kitaorang buat bersama.. But! Kami  masih lagi menjaga batas-batas pergaulan.. Ye lah, kawan tu kawanlah, agama tu agamalah.. 
Saat yang paling best ialah masa hari mohon restu untuk pelajar SPM.. Biasalah, pada hari itu ada bacaan Yassin kat sekolah, then ceramah motivasi terakhir lepas tu baru program mohon restu.. Pelajar-pelajar akan minta maaf dari guru-guru.. Aku dengan cikgu-cikgu lain steady lagi.. Bila berdepan dengan Puan Zainah je mulalah mata ni nak "berpeluh" (faham-fahamlah ye)

Lepas dengan guru-guru dengan kawan-kawan lah pulak.. Time aku dan Wahidah bermaafan, kami terdiam dan hanya mampu menangis.. Tak tahu kenapa.. Selama kami berkawan, inilah kali pertama kami menangis sebab minta maaf.. Sampaikan ada sorang student ni tegur "hei, jiran pun nangis".. 
Aku dan Wahidah berjiran  so, bertambah-tambah rapatlah kami.. Bukan time dengan Wahidah je, dengan Azwa dan Fatin pun sama.. Yelah, orang kata kalau nak tengok sahabat kita lepas sekolah siapa, kita tengok siapa kawan yang sentiasa ada disisi kita semasa SPM.. Entahlah, tak tahu kenapa masa tu kami boleh menangis.. Lagipun normallah, menangis tu kan satu perbuatan yang dizahirkan melalui perasaan sedih.. Kita bukannya boleh tahan daripada menangis.. Betul tak? 

Satu peristiwa yang akan aku ingat sampai bila-bila ialah temankan Wahidah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).. Yang lain pun ingatlah, cuma yang ini ada kisah dia yang tersendiri.. Bayangkanlah, aku dan Wahidah pergi ke tempat yang kami tak tahu kat mana pun.. Kalau dah tak tahu mestilah tak pernah pergikan.. Mujur ada Sofiy (member Wahidah) dialah yang menjadi "pemandu pelancong" kami.. Kami ke sana sebab ............................................................... (maaf part ni saya terpaksa censorkan).. Bukan apa, tak nak lah mention mana-mana pihak.. Takut disaman.. But, malangnya.. Tujuan kami ke sana tak kesampaian.. Well, anggap tak ada rezeki jelah kan.. Nak buat macam mana.. Kita hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T yang tentukan.. Sesungguhnya dia maha mengetahui..

Tu dengan Wahidah.. Dengan Fatin pula, lain ceritanya.. Well, Fatin ni ada keistimewaan dia.. Nak tahu? Dia pelat 'S'.. So, selalu lah aku dan kawan-kawan perli-perli dia.. Oh yeah, aku dengan Fatin ni sekelas.. Kami tukar kelas masa pertengahan tahun Form 4..  Bayangkanlah, dari aliran sains ke akaun.. Memang terkejar-kejar lah kami ni nak  faham kan balik silybus yang student lain dah belajar.. But, kitaorang usaha jugak.. Finally dapat jugak kami kejar yang tertinggal tu.. Lagi satu, dengan Fatin ni aku takut sikit.. Bukan apa, dia ni macam kakak la dalam kalangan kami berempat.. Since dia pun lahir bulan Januari kan.. Dia ni agak matang sikit lah.. Sikit je ye.. Tak banyak mana pun.. Hahhahaa..

Dengan Azwa pulak la.. Apa erk? Bila part Azwa je terus blur seketika.. Loading.. Azwa ni jenis yang 'hot' kat sekolah.. Hot la jugak kalau nak dibandingkan dengan aku dan yang lain-lain.. So dia ni memang jadi tarikanlah.. Lagipun si Azwa ni jenis yang ceria, happy go lucky.. So, tak hairanlah kalau dia ni senang didampingi.. Aku dan Azwa ada satu persamaan.. Kami tak boleh nampak kerang.. Sebab kami memang gilakan kerang.. Masa jamuan BBQ kiosk, ada kerang bakar.. Memang kami berdua je la yang balun semua... Lepas tu masing-masing menggosok hidung yang gatal.. 

Okaylah... cukup kot aku cerita pasal mereka.. Kalau nak cerita pasal dorang ni sampai esok pun tak habis.. Biarkan memori terindah antara kami berdua kekal sdalam ingatan.. Just one thing yang aku harapkan.. Persahabatan yang terjalin antara kami kekal selamnya.. Walaupun kami ni dah beranak-pinak.. Oh yeah, kepada bakal-bakal husband Wahidah, Fatin dan Azwa.. Korang kena berhadapan dengan aku ye.. Dan kepada bakal wife aku, awak kena berhadapan dengan mereka bertiga.. Kalau mereka angkat bendera hijau maknanya lulus, kalau merah.. Faham sendiri la ye.. Aku bagi lah satu kata-kata hikmah yang aku reka sendiri.. "Tak guna friends beribu dalam Facebook, tak bermakna followers beribu dalam Twitter tapi jika dalam dunia realiti kita tak mempunyai kawan yang bergelar sahabat".. Hah! Awesome tak kata-kata sakti ni? Okaylah.. Bye semua..
 Salam Persahabatan!


KLIK VIDEO DIBAWAH!


                                          

No comments:

Post a Comment