Sunday 9 December 2012

Grapefruit : Kembar Buah Oren

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers..
 Huh.. Terkejut! Terkejut! Dan terkejut! Itu sahaja yang dapat aku gambarkan perasaan aku.. Memang satu kejutan lah bagi aku,, 
Tu la.. Padan muka, semalam buat Wahidah terkejut beruk (tapi tak lah macam beruk tu) Terkejut beruk tu hanya metafora semata-mata.. Hari ni aku pulak yang terkejut beruk.. (beruk pun terkejut tengok aku terkejut) Asal aku nak promote beruk pulak dalam blog aku ni.. Lainlah kalau dapat royalti ke.. Boleh lah jugak nak promote lebih-lebih.. 
Okay, stop pasal beruk tu.. Tak perlu nak "berberuk" bagai.. Mesti ramai yang nak tahu apakah kejutan yang aku alami.. Yang pasti bukan kejutan elektrik okay! Tadi petang, pergi ke Carefour.. Well, ingatkan tak nak ikut parents.. Memandangkan aku ni anak manja mereka.. (kantoi sudah) ikut jelah.. Walaupun hujan lebat, tetap je aku temankan mak aku.. Katanya nak beli baju.. Kat kiosk-kiosk dalam Carefour tu adalah banyak yang jual pakaian wanita.. Tapi, memang tak ada yang berkenan la.. Mahal pulak tu.. Dahlah mat bangla yang jual.. Sia-sia je RM 150 nak bagi kat dia.. Kalau Melayu yang jual boleh lah dipertimbangkan.. 


So, memandangkan tujuan asal tak kesampaian.. 
Mak aku (Puan Bedah)-nama nak glamour ajak masuk kat bahagian buah-buahan.. Konon nak beli buah-buhan tempatan la.. So, dia call my farther yang tengah menunggu kat luar nak buah apa.. Ayah aku pun apa lagi.. Dia order la oren sunkist.. So, dengan confidentnya aku pergi ambil plastik dan masukkan 4 biji buah oren.. Harga sebiji RM 1.39.. Mak aku adalah beli beberapa buah-buahan lain.. Lepas timbang, apa lagi.. Bayarlah kat kaunter.. 
Sampai rumah pun.. Dengan pantasnya aku pi basuh buah oren tu.. Then potong lah.. First kejutan, buah tu warna merah.. Then aku cakaplah.. Maybe memang jenis dia kot.. Harga pun mahalkan.. Aku pun rasalah.. Second kejutan! Tu bukan buah oren rupanya.. 
Tekstur isi buah tu macam limau bali, rasa dia macam buah oren.. Aku tengok balik kat resit.. Rupanya tu buah Grapefruit Huh! Memang kena bebel lah dengan mak aku sebab ambil tanpa tengok betul-betul..
Tapi atleast ada pengalaman baru bukan? 
Baik jawab ye!
Aku pun teringatlah, mungkin agaknya ini adalah kemajuan teknologi bioteknologi..
 Genetic Modified Food..

Ni dia gambar buah yang menipu aku..
 See, tak ada beza dengan oren biasa bukan?


Grapefruit


Hurm.. Ingat tak lagi pasal Zaf (Zafirah)? Nanti aku sambunglah cerita pasal dia.. Belum tiba masanya..

No comments:

Post a Comment