Sunday 2 December 2012

Harimau Malaya Tidak Dihargai?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kecewa! Marah! Terkilan! Hanya inilah yang dapat aku ungkapkan.. Bayangkanlah, jika sesuatu yang amat bermakna bagi rakyat Malaysia tapi tidak di hebohkan.. Jika anda pembaca setia akhbar Metro, pasti anda juga akan meluahkan ekspressi yang sama.. Mana taknya, akhbar Metro yang bertarikh 2 Disember 2012 sangat teruk kandungannya.. Nak tahu kenapa? Seperti yang kita ketahui pada 1 Disember 2012 yang lalu telah menyaksikan kemenangan Malaysia terhadap Indonesia dalam Piala AFF Suzuki.. Malaysia telah menang 2-0 dan melayakkan pasukan Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir.. Malangnya, artikel mangenai kemenangan pasukan kebanggaan negara ini tidak diterbitkankan olah akhbar Metro.. See.. Betapa teruknya akhbar tersebut.. Bukan nak mengatalah.. Tapi kita sering dengar dicorong-corong radio malahan dalam akhbar-akbar Malaysia merayu agar rakyat kembali sokong kepada pasukan bola sepak Malaysia..
 Walhal, akhbar Malaysia sendiri tak beri sokongan..



Sangat kecewa dengan mutu terbitan Metro.. Yang peliknya, akhbar tersebut lebih mementingkan maklumat luar negara berbanding dalam negara.. Dimanakah nilai kewartawanan? Bukan nak mengecam (tapi memang tengah mengecam pun) seharusnya akhbar sedemikian perlulah menyemak semula segala maklumat sebelum menerbitkannya.. Ini tidak..
 Sampaikan "isu" terpenting dalam negara pun boleh terlepas pandang.. Tebal, memanglah tebal.. 
Tapi! Hampeh! Hilang selera aku nak baca akhbar tersebut.. Persoalannya, dimanakah silapnya? Adakah wartawan sukan akhbar tersebut tidak dibenarkan membuat liputan mengenai kemenangan Malaysia atau mereka tak menghantar wartawan bagi membuat liputan mengenai kemenangan ini.. Ataupun, mereka memang sengaja tak nak  menerbitkan artikel tersebut? How come! Tapi bila Malaysia kalah, bukan main banyak muka surat mengenai kekalahan Malaysia..



Bukan itu sahaja.. Malahan, aku rasa akhbar Metro patut meminimakan iklan-iklan produk kecantikkan dan ubat kurus badan.. Come on lah.. Kami beli akhbar anda bukan untuk melihat iklan mengenai produk kecantikkan.. Ni tak, dah macam "Akhbar Kecantikkan" dah aku tengok.. Memanglah hak pengurusan untuk memilih artikel mana yang harus diterbitkan.. Tapi biarlah bersesuaian.. 
Dahlah, bahagian Hiburan dalam tu bukan main tebal.. Mungkin banyak yang perlu diteliti semula oleh pengurusan akhbar tersebut mengenai segala terbitan akhbar tersebut.. Atau mungkin anda perlu menukar statment "Anda antara 4,000,000 pembaca Metro".. Aku dok carilah kot-kot adalah email untuk aku emailkan ketidakpuasan hati aku kepada Metro.. Tapi, tak aku jumpa..



Memanglah tak adil jika aku nak kecam Metro disebabkan keluaran pada 1 Disember 2012 tidak menyiarkan berita mengenai kemenangan Harimau Malaya.. Tetapi seharusnya mereka sedar bahawa mereka merupakan pengamal media massa yang menyampaikan maklumat kepada orang ramai.. Maklumat yang mereka beri perlulah tepat, padat, lengkap dan berinfomasi.. Maklumat yang disampaikan perlulah jelas dan mutakhir ketepatannya.. 
Bukan sekadar menyiarkan mengenai Perhimpunan  Agung UMNO 2012 semata-mata.. Ataupun bukan sekadar menyiarkan berita-berita Hiburan semata-mata.. Opss.. Tersebut pulak nama parti politik.. Maaf.. Jangan saman saya.. Ini adalah hak kami sebagai pembaca.. Hak pengguna.. 



Tapi nak buat macam mana.. Mereka haruslah lapang dada menerima kritikan dari kami.. Kami? Rasanya macam aku sorang je yang kritik mengenai Metro.. Well, nampak tak yang aku ni rajin baca paper.. Hahhha.. Dalam pada masa yang sama sebenarnya nak cari topik untuk dijadikan entry.. Tak sangkan pulak niat aku tu benar-benar menjadi realiti.. Ye lah, sebagai blogger, kita bukannya perlu berkongsi cerita mengenai diri kita semata-mata.. Tapi sekurang-kurangnya adalah maklumat yang dapat dikongsi bersama kepada pembaca.. Sebab memang itulah tujuan blog ini diwujudkan.. 
Walaupun ianya diwujudkan oleh orang Barat but we can still ambil kebaikannya.. (asal terguna Bahasa Inggeris ni).. Apa-apa pun tahniah Harimau Malaya kerana berjaya membaham Garuda! Tapi, jangan lupa asah "taring" dan "kuku" tu untuk next match.. 
Bye, 
Assalamualaikum..



Garuda dibaham Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment