Saturday 8 December 2012

Memory of December 2012

Assalamualaikum semua.. 
Opss, tak lupa juga selamat sejahtera.. Okay, pasti ada yang ternanti-nanti entry terbaru dari aku.. Ada tu mungkin adalah.. Cuma tak ramai je la.. Hahhahha.. Ada aku kisah? So, hari ni nak cerita sesuatu yang simple je lah.. Dalam masa 3 hari je.. 2 peristiwa penting berlaku dalam hidup aku.. Pertama.. Aku dah habis SPM! Fuhh! Lega beb! Terasa sangatlah lega.. Tapi pada masa yang sama, takut pun ada juga.. Yelah, lepas ni tak ada sesiapa nak tegur kalau aku buat salah.. Kalau tak sebelum ni adalah cikgu yang akan tegur.. (terutama Madam Z) Tambah-tambah lagi, bila aku selalu dengar orang kata dunia selepas persekolahan lain.. Sangatlah lain.. Sehinggakan kalau kita tak berhati-hati boleh tersalah langkah.. (Hope aku tak jatuhlah bila salah langkah tu).. Aku harap sangat akan ada kawan yang mampu dijadikan contoh bila kat U nanti.. (U ke?).. Insya-Allah.. Kalau ada rezekinya.. Ni dia gambar student kelas aku..



Syauqi, Aku dan Haziq 




Terpaksa tunduk sikit.. Hahahha :)


Cerita keduanya ialah... Hari ni (8 December) birthday Nur Wahidah! My best friend forever! Ever and ever.. Hikhik.. 10 tahun membina hubungan persahabatan beb.. Bukan senang tu.. Okay, kat sini aku nak citer panjang sikit la.. Well, bila part kengkawan je memang panjang sikit story dorang.. Hahahah.. Cerita dia bergini  ye.. (ambil popcorn semua) Sebenarnya, kitaorang dah plan dah nak keluar tengok wayang.. Kat Sunway Pyramid je.. Plan bukan main lagi.. Siap kertas kerja bagai (yang kertas kerja tu tipu je) 
However, plan kitaorang tu tak menjadi.. Terpaksa di cancelkan kerana kitaorang mengalami masalah dalaman yang serius.. Serius giler beb! Sebabnya, ayah Wahidah (Cik Lan) tak dapat hantar kitaorang.. Dia ada pertandingan basikal di Melaka.. So, malam tu Wahidah dah down lah.. Tambah-tambah lagi pasal jantan tak guna tu! Macam "see al" 
Maaf readers, emosi merasuk jiwa.. Tapi kalau korang dengar cerita Wahidah pasal lelaki tu pun korang akan cakap benda yang sama.. 
BTW, hari ni aku bukan nak cerita pasal lelaki tu.. Disebabkan pembatalan rancangan nak ke Sunway tu, aku pun setujulah nak tolong Puan Zainah kat sekolah.. Then, malam tadi aku dapat idea yang sangat bernas.. Terus aku call Fatin,Azwa dan Zafirah.. Mereka pun setuju.. Apalagi.. Memang kami buat superise party lah kat Wahidah.. Bukan main susah aku cover dari Wahidah.. Pinggan, sudu dan cawan semua aku sumbat dalam beg.. Mujur Wahidah tak check beg aku.. Kalau tak.. Kantoi sudah! 
Bila tiba waktunya.. Fatin, Azwa, Zafirah dan Awin masuk dari pintu belakang kelas sambil nyanyi lagu Happy Birthday! Terkejut Wahidah masa tu..
 Tersenyum kegembiraan dia.. Nasib baik ada Puan Zainah.. 
Kalau tak, aku rasa dah melompat-lompat dah dia tu.. 

Kemudian..
 Puan Zainah belanja kitaorang KFC Bucket.. Memang kenyanglah.. 
Save duit kitaorang.. memang seronok lah masa tu.. Lepas tu borak-borak dan gelak-gelak.. Dan, seorang senior kitaorang (Asrul Hafiz) bagi Wahidah hadiah "duit topup" Wahidah pun apa lagi.. Kecil tapak tangan, nyiru dia tadahkan.. Bukan senag tau Asrul nak belanja.. Hahahhaa.. Sambil makan kek dan KFC yang Puan Zainah belanja tu, aku, Wahidah dan Fatin berborak pasal lelaki tu.. Lelaki yang sakitkan hati Wahidah tu.. Nak tahu yang mana? Teka lah sendiri.. Taknak lah aibkan sesiapa.. Takut aib sendiri yang terbukakan.. Dah habis makan tu, Asrul pun join lah kitaorang.. Then dia planning nak buat reunion untuk ahli syarikat Dynamic Vision Sdn Bhd.. DVSB ni, salah satu syarikat PUM 2009.. Dia suruh kitaorang heboh kan kat bekas-bekas ahli DVSB.. Kitaorang suruh lah dia buat surat.. Memandangkan dia pun yang plan kan.. Kami ni ikut je.. Yang menjadinya tu berapa peratus je pun.. BTW, perancangan manusia tak dapat tandingi perancangan Allah S.W.T bukan?

Oh yeah, aku ingat sepanjang aku dilantik menjadi penganggur terhormat ni, aku nak belajar komputer la.. Nak guna InDesign dan yang lain-lainlah.. Janganlah gelakkan aku kalau aku ketinggalan.. Tapi aku tak takut pun kalau kena gelak.. Sekurang-kurangnya aku ada plan untuk belajar benda tu.. So, aku ingat nak minta tolong Asrul lah.. Memandangkan dia pun memang study kat U mengenai hal-hal komputer ni.. Dia mestilah mahir kan.. So, Asrul kau boleh tak ajar aku? (sambil mata terkebil-kebil) 
Okaylah.. Korang tengok lah gambar disebalik Sambutan Hari Kelahiran Nur Wahidah Bt Roslan yang ke 17!

SPECIAL FOR WAHIDAH!





Bukan dorang ye yang sambut birthday..
Jangan keliru pulak.. :)




Wahidah potong kek! 




Azwa suapkan Wahidah kek :)



Birthday girl!



Turn Fatin pulak..


Nak jugak si Zafirah ni suapkan Wahidah..



Wahidah dan Zafirah.. :)

Mood today : Kawan itu ibarat bayang-bayang yang sentiasa ada bersama kita..

4 comments: