Tuesday 4 December 2012

Sindiran : Kata-kata Magis


Yang kurik kundi yang merah saga,
Baik budi indahlah bahasa ,
Pantun lama tinggi kiasannya..

Petikan lirik lagu “Kurik Kundi” yang didendangkan oleh penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhalizah sudah cukup memberi gambaran kepada generasi muda mengenai kepentingan budi bahasa dalam kehidupan seharian.. 
Lagu yang dimuatkan di dalam album yang bertajuk Sangar Mustika ini turut memaparkan mengenai adat dan loghat kaum Melayu yang ada di bumi bertuah ini.. Sudah pasti para pendengar akan terlena dibuai kemerduan dan kelunakkan suara gemersik bak buluh perindu yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran negeri Pahang tersebut.. 
Sudah pasti kita akan terlupa seketika keasyikkan tarian dari artis Bollywood, kelincahan artis-artis Hollywood dan kehebatan tairan K-Pop tatkala lagu ini diperdengarkan..


Memandangkan aku ni salah seorang peminat Datuk Siti Nurhalizah, hampir setiap hari aku akan mendengar lagu ini.. Walaupun agak pelik bagi seorang lelaki remaja berusia 17 tahun  macam aku mendengar lagu irama Etnik Kreatif, namun aku tetap meminati lagu tersebut kerana banyak mesej-mesej penting yang ingin disampaikan.. 
So, macam lirik kat atas tadi “pantun lama tinggi kiasannya” merujuk bahawa masyarakat dahulu lebih gemar menyindir seseorang untuk memperbetulkan kesilapan.. Tak tahu mengapa.. Mungkin secara teorinya, apabila kita menyindir orang mungkin akan membuatkan individu tersebut memikirkan semula.. 
Tapi tak semua orang bertanggapan begitu.. Ada juga yang menanggap sindiran ini satu bentuk kutukan dan juga kritikan namun disampaikan dalam cara berkias..


Well, aku pun manusia biasa.. Aku ni bukan lah baik sangat.. Tapi baik la jugak sebenarnya.. Cuma tak baik sangat.. Setiap insan kan mempunyai kelemahan tersendiri.. Disebabkan aku ni bukan dalam kategori pelajar yang baik sangat, adalah seorang guru kat sekolah aku ni yang selalu perli aku.. Tak kisahlah kat dalam kelas ke, lepas kelas ke, kat surau ke, kat kantin ke atau kat mana-manalah.. Asal jumpa aku je mesti ada saja yang nak disindir.. Dan yang paling penting.. Selepas je dia sindir aku mesti dia melemparkan satu senyuman sinis.. Cuma bezanya, dia tak berpantunlah.. Sebab musababnya tak tahu kenapa..


Yelah, mana ada manusia yang disindir tak sakit hati.. Mestilah aku sakit hati.. Marah dan kecewa.. Kadang-kadang sampai satu tahap tu, kecil besar, kecik besar je aku tangok cikgu ni.. Aku pun dok fikir lah.. Asal lah dia ni selalu perli aku.. Sindir aku.. Aku ada buat salah ke atau aku ni memang bukan pelajar kegemaran dia.. 
Hari berganti hari.. Dan sindiran berganti sindiran.. Tapi aku tetap sabar je.. Bila kena sindir je.. Mula lah aku berlakon buat muka comel dan hanya mampu tersenyum.. Tu  je yang aku boleh buat.. Tak kan nak melawan pulak.. Habis lah.. Nanti menunjukkan sangatlah yang aku ni lemah dari segi mental.. 
Bayangkanlah.. Ianya berlaku selama satu tahun 8 bulan.. Sebelum guru tu sambung pelajaran dalam PhD.. See, hebat tak dia.. Aku memang kagum lah dengan dia.. Tapi bila part sindir tu.. Redha je la..
  

Nak dijadikan cerita, ada sekali tu sekolah anjurkan ceramah motivasi.. Biasalah dibawah bimbingan Unit Kaunseling Sekolah la kan.. Ada satu slot tu, penceramah tu suruh kami (students) tutup mata.. Dalam hati aku dah terdetik dah.. Ni mesti nak buat slot “air mata” la ni.. Tapi, tekaan aku tu salah beb! Rupanya dia suruh bayangkan satu wajah (guru) yang selalu sindir, perlekehkan dan bagi senyuman sinis.. Hurm.. Secara automatic memang muka cikgu tu lah yang aku bayangkan.. Then penceramah tu suruh kami lawan balik (dalam imaginasi) apa yang dia sindir balik..
 Mula-mula aku ni memang la blur sikit.. Loading..
 Tapi lama-lama faham.. Sejak tu, setiap kali cikgu tu sindir aku je.. Mesti aku akan lawan balik.. Aku akan cabar diri aku untuk buktikan kat cikgu tu, apa yang dia cakap adalah salah! 
Kalau dia kata aku ni kaki perempuan.. Aku akan cabar diri aku 
“Amir, kau buktikan kat cikgu ………………………… yang kau bukan kaki perempuan (macamlah aku ni kaki perempuan).. 
Kalau lah dia sindir aku yang aku ni tak ada ciri-ciri best student, aku akan cabar diri aku “Amir, kau buktikan kat cikgu ………………………………… yang kau layak dan mampu jadi best student.. Since that, aku dapat rasa perubahan dalam diri aku..


Kalau nak diceritakan memang banyaklah.. Makin dia sindir makin aku lawan.. Aku perasan dengan cara berlawan dalam imaginasi ni, aku lebih bersemangat dan berusaha untuk capai kejayaan.. Mana tak nya.. Takkan lah aku nak kalah pada cabaran aku kan? Mana ada orang yang nak kalah.. So, aku harap sangat cabaran dia yang kata aku ni tak ada ciri-ciri best student dapat aku lawan.. 
Mungkin walaupun tak dapat jadi best student,
sekurang-kurangnya aku boleh dapat Straight A.. Tapi tetap nak jadi best student jugak!

So, kepada readers yang selalu kena sindir dengan guru or sesiapa sahaja.. Kawan ke, jiran ke ataupun adik beradik ke.. Try teknik ni.. Aku jamin korang mesti boleh punya.. Dan yang paling penting sekali, jangan sesekali give up! 
Mungkin sekali sekala kita akan jatuh.. Tak teruk pun kalau jatuh.. Tak kisahlah kalau jatuh terduduk ke, tergolek ke atau tertiarap.. Tapi yang teruknya ialah, bila kita dah jatuh dan tak bangun kembali.. 
Situasi ni seolah-olah membiarkan orang lain menindas dan ambil kesempatan ke atas diri kita..

OKAY!

Stop lah.. Dah macam slot motivasi pulak.. Kang nanti ada yang kata blog aku ni entah
apa-apa entah.. So, hope you guys dapat suntikkan baru dengan membaca blog aku.. 
And one more thing.. Mesti korang tertanya-tanya bukan siapakah guru yang aku maksudkan? Hah!!! Maaf semua, aku tak boleh dedahkan.. Biar ia menjadi rahsia..
Bye,
Assalamualaikum..


Tweet,tweet!
Korang cer dengar lagu Kurik Kundi ni.. Dan cuba faham mesej disebaliknya..


KLIK VIDEO DI BAWAH..



1 comment:

  1. Wah, tahniah.. ! thumbs up.. Keep it up!

    ReplyDelete